:D



 


Sejauh manakah Etika Profesion Keguruan dapat membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan pada hari ini.


 


  


 1.       Pengenalan:  


 


Cabaran Dunia Pendidikan dan Kepentingan Etika Kerja


 


  


 " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara


berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan


diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh


itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan


watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai


pendidik yang unggul." Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah.


 


 Profesion guru dan pendidik terutamanya dalam zaman-zaman mencabar ini bukanlah semudah yang disangka - kerjanya separuh hari dan cutinya panjang. Sebagai arkitek sosial, guru mempunyai tanggungjawab yang amat besar, bukan sekadar memberi pendidikan dan menyampaikan ilmu. Gurulah insan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan yang dicita-citakan oleh negara. Justeru kegagalan sesebuah masyarakat untuk berfungsi dengan sempurna kerap dikaitkan dengan kegagalan sistem pendidikan sesebuah negara.


Lebih daripada itu, guru juga perlu menjadi model utama kepada anak didiknya. Oleh itu mereka perlu berjiwa besar. Bukan sembarangan orang layak menjadi guru. Hanya mereka yang luhur jiwa dan kental semangatnya yang sanggup mencurahkan bakti untuk menjadi guru. Kecintaan terhadap profesion ini juga seharusnya bukan sekadar secara luarannya sahaja, sebaliknya sifat keguruan itu perlu mendarah daging.


 Selain itu, guru sering dikaitkan sebagai agen perubahan dalam agenda sosial, politik dan ekonomi. Perubahan-perubahan yang dikehendaki oleh kerajaan selalunya disalurkan melalui falsafah dan matlamat ( juga merupakan input ) yang perlu diterjemahkan oleh guru sekolah dalam aktiviti kurikulum dan ko kurikulum.


 


Falsafah Pendidikan Negara (PPN) pula memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.


 


Alaf baru ditandai dengan kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia yang amat besar pengaruhnya terhadap penyebaran sistem maklumat yang bukan saja memberi kesan terhadap pembinaan minda generasi muda tapi mencorakkan gaya hidup yang amat unik di kalangan mereka. Oleh itu, pendidikan tidak hanya dibatasi dengan meletakkan pendidik sebagai fasilitator semata-mata. Konsep fasilitator dalam konteks budaya bestari mestilah mampu menghubungkan kemajuan teknologi sebagai alat dan kandungan maklumat mesti mampu membangunkan sahsiah. Justeru itu aspek keinsanan seperti hubungan guru dengan murid mestilah dalam konteks pendidik sebagai model contoh yang memberikan imej teladan.


 


Oleh yang demikian, bagi memastikan jatidiri guru terus utuh, seseorang guru haruslah mematuhi Etika Profesion Keguruan. Etika ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan guru berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia. Melalui etika inilah masyarakat boleh menganilisis, menilai serta menentukan sama ada tingkah laku guru telah mengikut peraturan yang ditetapkan atau sebaliknya. Melalui etika ini juga dapat membantu guru menangani cabaran dalam dunia pendidikan yang begitu mencabar dewasa ini. 


 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia


Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-




  1. Niat yang betul


  2. Perlakuan yang baik


  3. Pengerak ke arah kebaikan


  4. Memperkotakan apa yang dikatakan


  5. Berdisiplin dan beradab


  6. Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

 


NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


 


Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah:




  1. Amanah


  2. Benar


  3. Bijaksana


  4. Bersyukur


  5. Dedikasi


  6. Ihklas


  7. Penyayang

 


 


Etika Guru Muslim

Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . Antara yang boleh dirumuskan ialah:

Tanggungjawab Terhadap Allah

Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut:

1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya.
2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.
3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.
4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.
5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya.
6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya.

Tanggungjawab Terhadap Diri

1. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral.
2. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.
3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.
4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.
5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru.

Tanggungjawab Terhadap Ilmu

Guru muslim hendaklah :
1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.
2. Beriltizam dengan amanah ilmiah.
3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.
4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.
5. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.
6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.

Tanggungjawab terhadap Profesion

1. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.
6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.
7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya.
8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain.
9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.
10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.
13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.
14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.
15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.
16. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
17. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
18. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya.
19. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.
20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.
21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).
22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Pelajar

1. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.
3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.
5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

1. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

1. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang boleh bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.

Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Kod etika keguruan Islam ini kalau benar-benar dipatuhi dan diamalkan akan membantu keberkesanan pangajaran guru. Perkataan keberkesanan pengajaran guru ini mungkin kabur pagi setengah pihak. Oleh itu ada baiknya kita menjelaskan maksud perkataan tersebut. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan mencapai puncak matlamat yang digariskan.


 Perbincangan mengenai ciri seseorang guru yang amat berkesan (highly effective) boleh dikategorikan kepada tiga aspek iaitu:


·         Ciri peribadi yang menjelaskan perwatakan.


·         Ciri mengajar yang memberikan hasil.


·         Ciri intelek yang menunjukkan ilmu, sedar-diri dan faham-kendiri.


1.      Ciri Peribadi: seorang yang 'bermatlamat' (mission-driven) dan juga seorang yang 'asyik' dalam pekerjaannya. Kedua , ianya bersikap positif dan 'real' yakni yakin dalam apa pun yang dilakukan di samping sabar menerima 'kenyataan' biar pun pahit untuk ditelan. Ketiganya ia merupakan seorang 'guru-pemimpin'; di samping mengajar ia juga membimbing dan menunjuk ajar bukan sahaja anak didik malah rakan sejawat dan siapa sahaja.


2.      Ciri Mengajar: seorang yang memiliki dan sentiasa menerapkan aspek 'dengannya' ("with-it-ness") dalam apa jua yang dibuat atau apa jua yang murid-muridnya mesti buat. Ia juga mempunyai stail yang tersendiri, sesuai dengan semua keadaan dan persekitaran, nilai dan budaya, peraturan dan undang-undang. Ianya juga memiliki kepakaran memotivasi serta kebekesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.


3.      Ciri Intelektual: seorang yang suka 'membaca buku', dan mempunyai 'mental life' yang segar, berkembang dan bersifat self-actualization dengan minda yang sihat dan terbuka, melihat alam dan kehidupan di dalam ruang lingkup yang luas dan menyeluruh (banyak) di samping melihat, menganalisis, mensintisis dan menilai satu di dalam yang banyak.


 


Falsafah Pendidikan Negara (PPN) memberikan matlamat yang jelas mengenai jenis manusia yang ingin dilahirkan oleh sistem kita. Pendekatan melahirkan insan harmoni dan seimbang perlu mendapat dukungan yang lebih bermakna supaya faktor perubahan yang berlaku tidak menjejaskan matlamat pendidikan itu sendiri. Bagi memberi tindak balas kepada faktor globalisasi, sistem kita harus mampu mendepani cabaran zaman. Untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia, ia tidak boleh terpencil dari arus pendidikan dunia. Tapi keterbukaan kita terhadap pengaruh di luar lingkungan jangan sampai menjadikan kita kehilangan jatidiri.